Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap 22 lelaki dipercayai ahli dua kumpulan kongsi gelap yang aktif di sekitar Puchong, Kapar, Serdang dan Klang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, mereka yang ditangkap terdiri daripada 12 orang ahli Geng 18 Dato' Suresh dan 10 ahli Geng 21 Sunder.